Saturday, 12 November 2011

Gaya Penulisan APA


Gaya penulisan American Psychological Association atau lebih dikenali dengan singakatan APA merupakan salah satu gaya penulisan yang sering diguna pakai dalam penulisan kajian tindakan,kerja kursus dan sebagainya. Pihak UPSI juga seringkali mensyaratkan kaedah penulisan APA ini digunakan oleh mahasiswa dan mahasiswi dalam menyediakan kerja kursus. Ramai diantara kita masih tidak jelas dengan gaya penulisan APA ini. Oleh itu, saya berharap entri saya ini tentang gaya penulisan APA ini dapat membantu anda semua memahami dengan lebih baik lagi.


Sistem Dokumentasi APA


Sistem dokumentasi APA AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’ (APA) merupakan sistem yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai menulisan kajian dan ilmiah.

Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography)  maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.

Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:

     Pengarang
     Tahun penerbitan
     Judul
     Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
     Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)


Apa yang perlu didokumentasikan?

Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca  untu mengenalpasti  sumber  maklumat  dan  merujuk  semula sumber bahan yang asal.

Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:

     Petikan secara langsung (direct quotations)
     Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
     Idea atau maklumat  yang dirujuk ( statistik, graf, dll)


Format menulis Rujukan/Bibliografi menggunakan gaya APA


(i)         Rujukan/Bibliografi perlu diletak selepas teks induk.  Ianya menyenaraikan rujukan yang dibuat dalam kajian/projek dan disebut dalam teks.  Cara menulis tiap-tiap jenis rujukan hendaklah konsisten dan mengikut amalan-amalan penulisan berikut:-

·                     Entri dalam bibliografi adalah disusun secara "an underhug Single-spaced form" selang sebaris di antara item.  Setiap entri bermula di tepi marjin kiri dengan baris kedua di"kedalamkan" empat lajur.  (Lihat contoh).

     
·                     Entri hendaklah disusun ikut ajbad nama keluarga pengarang bagi nama-nama Barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama Melayu.  Bagi pengarah korporat, entrinya disusun mengikut perkataan pertama (tidak termasuk artikel seperti "The", "A" dan sebagainya).


·                     Jika terdapat lebih dari dua karya oleh seorang pengarang, pengulangan namanya boleh dielakkan dengan menggantikannya dengan garisan bersambung sepanjang 8 lajur (ruang) mulai tepi marjin kiri.


·                     Jika pengarangnya tidak diketahui, sesuatu entri itu disusun mengikut abjad perkataan pertama tajuk makalah (tidak termasuk artikel "The", "A" dan lain-lain).

(ii)        Item-item dalam bibliografi hendaklah disenaraikan mengikut abjad nama pengarang mengikut kaedah American Psychology Association (APA) (http://www.apa.org)  Rujukan kepada item-item yang disenaraikan itu dibuat dengan menyebut pengarang dan tahun.

            Contoh:

            Artikel dari Jurnal, seorang pengarang

            Bekerian, D. A. (1993). In search of the typical eyewitness. American                                 Psychologist, 48, 574-576.


Artikel dari jurnal, dua orang pengarang, dikeluarkan mengikut isu

            Klimoski, R., & Palmer, S. (1993). The ADA and the hiring process in                                organizations. Consulting Pscychology Journal: Practice and                                    Research, 45 (2), 10-36.


Artikel jurnal, tiga hingga lima pengarang

Borman, W. C., Hanson, M. A., Oppler, S. H., Pulakos, E. D., & White, L. A. (1993). Role of early supervisory experience in supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78, 443 -449.

Artikel dari makalah (megazine)

Posner, M. I. (1993, October 29). Seeing the mind. Science, 262, 673-674.

o          Berikan tarikh yang terdapat pada terbitan - bulanan atau bulan dan tarikh.
o          Berikan nombor jilid.

Artikel dari surat khabar harian, tiada pengarang

New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. (1993,      July 15). New Straits Times, p. A12.

o          Senaraikan penulisan tanpa pengarang mengikut perkataan pertama yang    bererti daripada tajuk artikel.
o          Dalam teks gunakan tajuk pendek dalam kurungan: ("New Drug,"   1993).
o          Dahului mukasurat surat khabar dengan "p." atau "pp."


Artikel dari surat khabar, berlainan mukasurat

Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economics, social          status. The Washington Post, pp. A1, A4.

o          Jika artikel bersambung-sambung di beberapa mukasurat, berikan kesemua mukasurat dengan dipisahkan oleh koma (contoh., pp. B1, B3, B5-B7)

Artikel dari surat khabar bulanan, surat kepada pengarang

Markovitz, M. C. (1993, May). Inpatient vs. outpatient [Letter to the          editor]. APA Monitor, p. 3. 

Keseluruhan isu dalam sebuah jurnal

Barlow, D. H. (Ed.). (1991). Diagnoses, dimensions, and DSM-IV: The science of classification [Special issue]. Journal of Abnormal Psychology, 100 (3).


Terbitan tahunan

Fiske, S. T. (1993). Social cognition and social perception. Annual Review of Psychology, 44, 155-194.




Sebuah buku

Ross, R.S.  (1974).  Speech communication:  Fundamentals and practice.  3rd ed. Englewood Cliffs, N.J. Prentice-Hall.

Ahmad Lofti Alam dan John Kuppusami.  (1988).  Potential for Agricultural Development in Kedah, Alor Setar, Universiti Utara Malaysia.


Buku, edisi ketiga

Mitchell, T., R., & Larson, J. R., Jr. (1987). People in organizations: An introduction to organizational behavior (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Buku, sekumpulan pengarang (agensi kerajaan) sebagai penerbit

Australian Bureau of Statistics. (1991). Estimated resident population by age and sex in statistical local areas, New South Wales, June 1990 (No. 3209.1). Canberra, Australia Capital Territory: Author.


Kertas Kerja Persidangan/Seminar


            Deci, E. L. & Ryan, R. M. (1991). A motivational approach to self:                                     Integration in personality. In R. Dienstbier (Ed.), Nebraska                                      Symposium on Motivation: Vol. 38. Perspectivees on motivation                                     (pp. 237-288). Lincoln: University of Nebraska Press.


Prosiding yang diterbitkan secara tetap(regularly)

Cynx,J.,Williams,H., & Nottebohm, F. (1992). Hemisphericdifferences in avian song discrimination. Proceedings of the National Academy of Sciences, USA, 89, 1372-1375.

Penerbitan Kerajaan

            Malaysia, Jabatan Perangkaan (1977).  Malaysian fertility and family                                  survery 1974:  first country report.  Kuala Lumpur:  Jabatan                                     Perangkaan.

            Malaysia (1971).  Universities and university colleges act 1971.  Kuala                                Lumpur, Jabatan Cetak Kerajaan.


Tesis

Abu Baka bin Salleh (1978). Purification and Immobilisation of  Uricase for Use in Automated Analysis.  Ph.D Dissertation, University of St. Andrews.

Berkala

Anuar Hamdan (1976).  Report on the Markets for Timbers Products in West Asian Countries.  Warta Perdagangan Kayu.

Lum. K.Y. & Wong H.K. (1976). Control of Bacteria Wilt of Tomatoes in the Lowlands Through Grafting.  MARDI Res. Bul 4(1);  28-33.

(a)        Untuk perincian lanjut mengenai penyebutan bibliografi dan nota kaki, sila rujuk buku-buku berikut:-

   (i)      BALLOW, S.V.  A model for theses and research papers.  Boston; Hougton Mifflin, 1970.  (LB 2396. B25)

  (ii)      CAMPBELL, W.G. and S.V. Ballow Form and style:  theses, reports, term papers.  5th ed. Boston:  Houghton Mifflin, 1978.  (LB 2369 C3 1978):

            Untuk singkatan kepada nama jurnal, gunakan singkatan-singkatan yang diikuti dalam World List of Scientific Periodicals (Z 7403. W6 1963).

            Contoh:

            Australian Journal of Zoology            Aust. J. Zool
           
            Malayan Orchid Review Malay,         Orchird Rev.

            Journal of Nutrition                            J. Nutr.

            New Zealand Journal of                     N.Z.J.

            Agriculture                                          Agric.


1 comment:

  1. terima kasih kerana dapat berkongsi maklumat yang berguna di blog ini....

    ReplyDelete