Sunday, 23 October 2011

Sekapur sireh.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
   Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyediakan blog pertama saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan kakitangan yang menyediakan modul kursus menyediakan blog yang dilampirkan dalam laman web myguru2. Dengan panduan daripada modul tersebut,akhirnya dapat juga saya menyediakan blog saya sendiri.
   Sebelum ini,saya banyak mendapatkan maklumat tentang kerja kursus atau mencari pelbagai bahan berkaitan dengan pendidikan,kesihatan malahan isu-isu semasa menerusi blog-blog yang disediakan oleh 'blogger2' lain. Tetapi tugasan pada sem 2 ini memberi peluang kepada saya untuk mempelajari cara-cara menyediakan blog seterusnya menjadi sebahagian daripada blogger2 yang ada di seantero dunia.
   Sudah pasti blog yang dibina ini akan mempunyai banyak kekurangan,namun saya akan cuba mengatasinya dari masa ke semasa. Terima kasih atas kesudian tuan/puan melayari blog saya ini.

No comments:

Post a Comment