Sunday, 23 October 2011

RI bagi kursus KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah


Text Box: Head Department Approval:




Date:
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
 

KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSI


Fakulti                                    :          
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Jabatan                      :           Pendidikan Awal Kanak-kanak / Pendidikan Khas
Semester                    :           1
Sesi                             :           2011/2012      
Nama Kursus                        :           Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah

Kod Kursus               :           KRT 3013

Jam Kredit                 :           3 jam
Pra-Syarat                  :           Tiada


MAKLUMAT PENSYARAH:           
                                                                                                                   
Nama                          :           Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim (Penyelaras)
E-mel                          :           maizatul@fskik.upsi.ediu.my

No. Telefon                :           05-4505008

No. Bilik                     :           2A-14, Kompleks Malim Sarjana, UPSI


Nama                          :           Roznim Binti Mohamad Rasli (Tutor E-Learning)
E-mel                          :           roznim@fskik.upsi.edu.my

No. Telefon                :           05-4505018

No. Bilik                     :           2A-23, Kompleks Malim Sarjana, UPSI


SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, pemilihan perisian yang sesuai, perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca dan kemahiran matematik.

(This course covers topics that are capable to extend computer basic skills among children for example ways to use computer, store and retrieve information, communication, printing and so forth. It is also focuses on the preparation of computer for teaching and learning; choosing appropriate software, extension of basic skills through information technology such as identifying numbers, words, reading skills and mathematical skills.)


HASIL PEMBELAJARAN:

1.    Menyatakan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.    Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
3.    Menyatakan dengan  jelas implikasi penggunaan komputer dalam pembangunan keprofesionalisma guru.
4.    Menunjukkan dan mengamalkan nilai dan etika murni dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
5.    Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
6.    Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


RUJUKAN UTAMA:
1. Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.


RUJUKAN TAMBAHAN:

2. Bitter, G. G. & Legacy, J. M. (2008). Using Technology in a Classroom (7th ed.). Boston: Pearson Education.
3. Lengel, J. G. & Lengel, K. M. (2006). Integrating Technology: A Practical Guide. Boston: Allyn & Bacon.
4. Newby, T. J., Stepich, D., Lehman, J., Russell, J. D., & Leftwice, A. T. (2010). Educational Technology for Teaching and Learning (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
5. Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
6. Sharp, V. (2005). Computer Education for Teacher: Integrating Technology into Classroom Teaching (5th ed.). New York: McGraw-Hill.

KAEDAH PENGAJARAN:
  • Modul pembelajaran kendiri, video, dan perbincangan forum.  
  • Tutorial                                                            






PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH (KI):

                AKTIVITI / KI
KOM
KBPM
PBPM
PSK
PIM
ETIK
KU
Perbincangan isu semasa




Pembinaan blog




Penulisan dan kupasan esei






Penunjuk:

KOM       – Kemahiran Komunikasi
KBPM     – Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
PBPM     – Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
PSK        – Kemahiran Kerja Berpasukan
PIM         – Kemahiran Kepimpinan
ETIK       – Kemahiran Etika Profesional
KU          – Kemahiran Keusahawanan



PENILAIAN PELAJAR :

Kerja Kursus                                                                                                                         60%
Tugasan 1A: Perbincangan Forum                                            10%
Tugasan 1B: Esei                                                                        20%
            Tugasan 1C: Pembangunan Blog                                              30%
            Peperiksaan Akhir                                                                                        40%       
    
Jumlah                                                                                                          100%


 


Nota:
Pemberian markah adalah berdasarkan kepada sebarang perubahan.







SKALA GRED UPSI:
GRED
JULAT MARKAH
NILAI MATA
TAHAP
A
80 – 100
4.00
Cemerlang
A-
75 – 79
3.70
Cemerlang
B+
70 – 74
3.40
Kepujian
B
65 – 69
3.00
Kepujian
B-
60 – 64
2.70
Kepujian
C+
55 – 59
2.40
Lulus
C
50 – 54
2.00
Lulus
C-
45 – 49
1.70
Lulus
D+
40 – 44
1.40
Lulus
D
35 – 39
1.00
Lulus
F
0 – 34
0
Gagal

SKALA GRED KEMAHIRAN INSANIAH:
SKALA GRED
KRITERIA KEMAHIRAN INSANIAH
5
Cemerlang
4
Baik
3
Memuaskan
2
Tahap Minimum
1
Lemah dan Perlu Penambahbaikan




PERANCANGAN PENGAJARAN UNTUK 14 MINGGU

Minggu
Topik / Sub Topik
Hasil Pembelajaran
Aktiviti P&P
Penerapan KI
Rujukan
1
Pengenalan Teknologi dalam Pendidikan
·      Definisi pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
·      Sejarah dan perspektif perkembangan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan.
·      Rasional penggunaan teknologi dalam pendidikan.
·      Isu-isu penggunaan teknologi dalam pendidikan.
Menyatakan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


KOM




Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

2 & 3
Perancangan dan Pelaksanaan Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan
·      Peringkat perancangan dalam pelaksanaan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
·      Langkah perancangan.
·      Model Perancangan Pengintegrasian Teknologi (TIP).
·      Proses dan fasa dalam Model TIP.
Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

KOM




PBPM


Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
4
Pengintegrasian Perisian Instruksional dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·      Perkembangan perisian instruksional secara umum.
·      Kelebihan perisian instruksional.
·      Strategi penyampaian perisian instruksional
Menunjukkan dan mengamalkan nilai dan etika murni dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

KBPM




PSK
Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
5 & 6
Pengintegrasian Perisian Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·      Definisi perisian aplikasi.
·      Beza perisian aplikasi khusus dan perisian aplikasi umum.
·      Pemilihan fitur yang sesuai untuk melaksanakan tugas.
·      Merancang dan menyediakan aktiviti P&P menggunakan perisian aplikasi umum bagi sesuatu topik pengajaran.
Menyatakan dengan  jelas implikasi penggunaan komputer dalam pembangunan keprofesionalisma guru.
Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

PBPM




PSK
Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
7
Pengintegrasian Perisian Sokongan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·      Ciri-ciri dan kegunaa perisian sokongan.
·      Pembinaan bahan P&P yang bersesuaian.
Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

KOM




PSK
Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
8 & 9
Pengintegrasian Perisian Multimedia dan Alat Pengarangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·      Definisi multimedia interaktif dalam produk perisian multimedia.
·      Lima elemen utama multimedia.
·      Tiga jenis alat pengarangan.
·      Kelebihan alat pengarangan.
Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

PBPM




PSK
Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
10
Pengintegrasian Teknologi Internet dalam Pendidikan
·      Ciri-ciri pembelajaran pendidikan jarak jauh (PJJ).
·      Kebaikan dan kelemahan Internet dalam memperkasakan program PJJ.
·      Konsep komunikasi dalam Internet.
Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

KOM





Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
11 & 12
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengukuran dan Penilaian
·      Tujuan pengukuran dan penilaian berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
·      Jenis penilaian yang sesuai digunakan berasaskan komputer.
·      Kekuatan dan kelemahan alat pengarangan ujian.
·      Pembinaan set ujian berasaskan komputer menggunakan alat pengarangan ujian.
Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

PBPM




PSK
Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
13 & 14
Teknologi Masa Hadapan
·      Perkembangan serta kesan baik dan buruk perkembangan aplikasi ICT dalam P&P.
·      Ciri-ciri teknologi komputer termaju bagi kehidupan masa hadapan.
Menunjukkan dan mengamalkan nilai dan etika murni dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Modul pembelajaran kendiri video, dan perbincangan forum.


Tutorial

KBPM





Roblyer, M. D. & Doering, A. H. (2009). Integrating Educational Technology into Teaching (With MyEducation Lab)(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) – Forum MyGuru                                                             Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 20% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
10 %
Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan.
9 – 7 %
Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan.
6 – 4 %
Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja.
3 – 1 %
Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’.
0 %
Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.



Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail                                                               Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.


Text Box: Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1). 

Panduan: 
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..
 











Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di MyGuru                 Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30




















* Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.


No comments:

Post a Comment