Sunday, 23 October 2011

Kerja Kursus KPF 3012

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

ARAHAN

1.                   Kursus KPF 3012 ini mengandungi 1 (SATU)  tugasan yang terpecah kepada 2 bahagian:
i.                     Bahagian A: Portfolio 
ii.                   Bahagian B: E-Forum
2.                   Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy dan hard-copy kepada Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.
3.                   Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.


KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN
ARAHAN
MARKAH
TARIKH

BAHAGIAN A

(PORTFOLIO)
1.   Portfolio perlu dibuat secara individu.

2.   Perkara yang mesti ada dalam portfolio ialah:
i.            Refleksi pembelajaran bagi unit 1  hingga unit 10. (Rujuk lampiran 1 sebagai panduan)

ii.          Esei ilmiah: Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

(a)    Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap  isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

(b)    Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

iii.         Cetakan bagi semua jawapan dan respon anda di dalam forum.




20 markah







10 markah





10 markah



(Markah bahagian ini ada di e-forum)
04 Dis 2011




BAHAGIAN B
(E-FORUM)
Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru2:

1.    Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

2.    Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

3.    Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

4.    Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.


5.    Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.



4 markah




4 markah


4 markah


4 markah


4 markah



09 Oct. 2011



23 Oct. 2011

06 Nov 2011

20 Nov. 2011

04 Dis. 2011

JUMLAH
60


Perhatian: Segala perkara yang berkaitan merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

No comments:

Post a Comment