Friday, 28 October 2011

Apa itu Smart Board

INTERACTIVE WHITEBOARD (IWB)

Apa itu SMART Board atau Interactive Smart Board(IWB)? IWB ialah satu alat teknologi yang terkini yang mampu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaubagaimanapun, oleh kerana harganya yang mahal mencecah RM 15 ribu setiap satu, IWB hanya terdapat di sekolah-sekolah bestari sahaja buat masa ini. Aplikasi penggunaannya sama seperti power point juga. Tetapi faktor yang membezakan antara power point dan IWB ialah IWB boleh disentuh slide yang ditayangkan di white board itu.

Komponen yang diperlukan untuk menggunakan IWB ialah monitor, CPU, white board dan projector. Sebelum memulakan aktiviti IWB, kita mestilah memastikan komputer tersebut sudah di muat turun dan di install program IWB. Kemudian kita boleh membuka komputer dan projector seperti biasa. Pastikan semua kabel bersambung antara satu sama lain. Whiteboard akan aktif apabila komputer dibuka.

Tangan kita berfungsi sebagai 'mouse mode' di samping mouse itu sendiri di dalam penggunaan IWB ini. Kita boleh menggerakkan, menyulis, menekan atau apa sahaja fungsi yang boleh digunakan oleh mouse dengan menggunakan jari. Selain itu, pen khas berwarna warni dan pemadam juga disediakan di bahagian bawah whiteboard itu. Pen ini berfungsi sebagai keyboard di mana kita boleh menulis, mewarna, menconteng, membentuk atau apa sahaja yang melibatkan penulisan.

Bagaimana membina pembentangan menggunakan IWB? Di dalamIWB, page yang berlainan boleh digunakan bagi setiap aktiviti. IWB boleh digunakan untuk:
1. Nota pelajaran
2. Aktiviti
3. Penilaian
Saksikan cara penggunaan dan demonstrasi Smart Board di sini :-


Antara teknik-teknik yang boleh di lakukan ialah:
1. Menulis teks atau perkataan
Menulis merupakan aspek penting dalam membuat nota pelajaran. Pen yang pelbagai warna boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk menulis terus di atas whiteboard. Tulisan ini boleh di edit sesuka hati penulis tersebut.




2. Melukis dan mewarna
Di samping itu, guru atau pelajar boleh melukis dan mewarna apa sahaja yang diingini. Teknik ini sesuai sekali digunakan di dalam aktiviti kelas. Contohnya kita meminta pelajar datang ke hadapan untuk melukis gambar makanan yang halal dan haram.

3. Memasukkan gambar
Gambar-gambar menarik untuk menarik minat pelajar atau menerangkan pembelajaran dengan lebih berkesan juga boleh dimasukkan dan diimport ke dalam slide.

4. Camera Device
Di samping itu, di dalam fungsi IWB juga terdapat camera device di mana kita boleh click dan menangkap gambar di mana-mana page samada word, pictures atau website, samada bergerak atau static, dan lekatkan ke dalam slide.

5. Membuat teknik pengajaran berkesan
Terdapat berbagai teknik yang boleh kita aplikasikan terutama di dalam membuat penilaian.

i. Membuat soalan dan menutup jawapan.
Kemudian guru meminta palajar membincangkan jawapan tersebut. Kemudian guru membuka jawapan yang ditutup tadi.

ii. Membuat soalan berbentuk subjektif dan menulis jawapannya di bawah.
Tetapi jawapan tersebut menggunakan warna yang sama dengan background page. Kemudian masukkan satu kotak besar yang transparent sebagai frame kepada soalan. Pastikan frame kotak ini sama besarnya dengan teks jawapan. Paling menarik di sini ialah klita meminta pelajar membincangkan jawapan. Kemudian kita boleh menarik frame transparent tadi dan meletakkan di atas jawapan yang tidak Nampak tadi. Penggunaan warna yang berlainan dari background dan tulisan akan menyebabkan tulisan Nampak melalui transparent kotak tadi.

iii.Teknik memadam.
 
Kita juga boleh menulis jawapan sesuatu teks dan mewarnakan tulisan tersebut sama warna dengan background. Pemberitahuan jawapan soalan di beritahu kepada murid dengan memadamkan warna yang kita warnakan atas tulisan tadi.

1 comment: