Monday, 31 October 2011

8 Jenis Makanan Terbaik di Dunia menurut Islam


Kita semua sedia maklum makan buah-buahan dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan disamping fungsi asasnya untuk mengalas perut. Namun tahukan anda 8 jenis buah-buahan/makanan terbaik di dunia menurut Islam? Lihat senai makanan-makanan terbaik menurut Islam dibawah ini :-

 
1.DELIMA
 Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99
  

2.KISMIS
 Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"


3.KURMA
 Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"





4.HABBATUS SAUDA'
 Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim


5.ZA'FARAN
 Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "


6.MADU
 Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69


7.ZAITUN
 Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20


8.BUAH TIIN
 Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Diharap info yang tak seberapa ini mampu memberi kefahaman dan seterusnya diamalkan oleh kita semua. =)

4 comments: