Monday, 31 October 2011

8 Jenis Makanan Terbaik di Dunia menurut Islam


Kita semua sedia maklum makan buah-buahan dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan disamping fungsi asasnya untuk mengalas perut. Namun tahukan anda 8 jenis buah-buahan/makanan terbaik di dunia menurut Islam? Lihat senai makanan-makanan terbaik menurut Islam dibawah ini :-

 
1.DELIMA
 Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99
  

2.KISMIS
 Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"


3.KURMA
 Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

Friday, 28 October 2011

Apa itu Smart Board

INTERACTIVE WHITEBOARD (IWB)

Apa itu SMART Board atau Interactive Smart Board(IWB)? IWB ialah satu alat teknologi yang terkini yang mampu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaubagaimanapun, oleh kerana harganya yang mahal mencecah RM 15 ribu setiap satu, IWB hanya terdapat di sekolah-sekolah bestari sahaja buat masa ini. Aplikasi penggunaannya sama seperti power point juga. Tetapi faktor yang membezakan antara power point dan IWB ialah IWB boleh disentuh slide yang ditayangkan di white board itu.

Komponen yang diperlukan untuk menggunakan IWB ialah monitor, CPU, white board dan projector. Sebelum memulakan aktiviti IWB, kita mestilah memastikan komputer tersebut sudah di muat turun dan di install program IWB. Kemudian kita boleh membuka komputer dan projector seperti biasa. Pastikan semua kabel bersambung antara satu sama lain. Whiteboard akan aktif apabila komputer dibuka.

Tangan kita berfungsi sebagai 'mouse mode' di samping mouse itu sendiri di dalam penggunaan IWB ini. Kita boleh menggerakkan, menyulis, menekan atau apa sahaja fungsi yang boleh digunakan oleh mouse dengan menggunakan jari. Selain itu, pen khas berwarna warni dan pemadam juga disediakan di bahagian bawah whiteboard itu. Pen ini berfungsi sebagai keyboard di mana kita boleh menulis, mewarna, menconteng, membentuk atau apa sahaja yang melibatkan penulisan.

Bagaimana membina pembentangan menggunakan IWB? Di dalamIWB, page yang berlainan boleh digunakan bagi setiap aktiviti. IWB boleh digunakan untuk:
1. Nota pelajaran
2. Aktiviti
3. Penilaian
Saksikan cara penggunaan dan demonstrasi Smart Board di sini :-


Antara teknik-teknik yang boleh di lakukan ialah:
1. Menulis teks atau perkataan
Menulis merupakan aspek penting dalam membuat nota pelajaran. Pen yang pelbagai warna boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk menulis terus di atas whiteboard. Tulisan ini boleh di edit sesuka hati penulis tersebut.

Tuesday, 25 October 2011

CIKGU BOLEH!!!!!

Setiap guru berharap P&P yang dijalankan akan menarik minat murid dan tidak membosankan. Guru yang bermotivasi akan berharap dapat menjadi guru yang kreatif dan hebat dan menjadikan subjek yang diajarnya menjadi subjek yang paling diminati oleh murid-murid.

    Akan tetapi,kebanyakan cara dan teknik guru menjalankan P&P adalah sama sahaja dari hari ke hari,bulan ke bulan malahan dari tahun ke tahun sehinggakan menimbulkan rasa bosan pada guru itu sendiri. Cikgu perlu melakukan perubahan untuk MENJADI GURU YANG HEBAT DAN MENARIK!!!



Saksikan video ini ...


Termenung panjang rimau tu tengok mangsanya diselamatkan cikgu. =)
Ini baru namanya guru yang hebat. Gunakan segala kemahiran dan kreativiti yang ada untuk menyelamatkan murid kita dari kegagalan..Gunakan segala kreativiti yang ada untuk menarik minat murid seperti cikgu di bawah.

 *Kerusi pun dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar. =)

Monday, 24 October 2011

Contoh refleksi Mikro Pengajaran


3.0       REFLEKSI MIKROTEACHING
 
3.1       KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
 
           
3.2       KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
 

3.3       LANGKAH MENGATASI
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
* Contoh ini saya share dari contoh yang dilampirkan oleh salah seorang pelajar PPG UPSI. Anda boleh rujuk sendiri pada laman url berikut :- Contoh refleksi mikroteaching

Sunday, 23 October 2011

PANDUAN MENCIPTA PAUTAN DOKUMEN PADA GOOGLE DOCS MENGGUNAKAN AKAUN GMAIL(SISWA)

A. Bagaimana untuk mencapai aplikasi Google docs?

1. Buka pelayar internet dan masuk ke laman berikut :-
http://mail.siswa.upsi.edu.my

2. Masukkan username dan password akaun gmail seperti yang telah diberi oleh pihak Universiti. Kemudian klik butang Sign in.

3. Untuk menggunakan Google docs, anda hanya perlu klik pada link Documents yang terletak di bahagian kiri atas.

B. Memuatnaik dokumen ke dalam Google docs.

1. Klik pada butang Create yang terletak dipenjuru atas sebelah kiri untuk memuatnaik dokumen anda pada google docs.Pilih dokumen anda.Kemudian klik butang Open.

2. Kemudian, anda akan mendapat satu lagi paparan untuk membuat tetapan pada dokumen yang hendak dimuatnaik. Klik butang Start Upload.

3. Setelah dokumen selesai dimuatnaik, anda akan dapat melihat dokumen tersebut berada dalam senarai Google Docs anda.


C. Mencipta pautan (link) dokumen di dalam Google Docs.

1. Klik pada dokumen berkenaan untuk membukanya.

2. Klik pada butang Share (warna biru) yang terletak di bahagian atas penjuru kanan.

3. Satu tetingkap (Sharing Settings) akan muncul . Pada bahagian Private, klik Change.

4. Satu lagi tetingkap Sharing settings akan muncul. Pastikan anda memilih Anyone with the link. Tekan butang Save (warna hijau).

Lihat pada bahagian Link to share : ini adalah pautan(link) yang membolehkan pengguna lain mengakses dokumen anda. Copy dan pastekan dalam MyGuru2 anda (Assignment,bahagian URL)

D. Meletakkan link pada bahagian Assignment MyGuru2
1. Buka assignment yang mana anda perlu hantarkan tugasan.

2. Pada bahagian URL, klik kotak dan masukkan pautan (link) yang anda peroleh dari Google Docs tadi.

3. Klik butang SUBMIT untuk penghantaran seperti biasa.

SEMOGA BERJAYA, TERIMA KASIH.

Kerja Kursus KPD 3026

ARAHAN

1.                   Kursus KPD 3026 ini mengandungi 1 (satu) tugasan sahaja.
2.                   Tugasan ini mengandungi 2 (Dua) Pecahan iaitu Pecahan A dan Pecahan B. Jawab kedua-dua pecahan ini.
3.                   Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy dan hard-copy kepada Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing..


KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN
ARAHAN
MARKAH
TARIKH

PECAHAN A :
KERJA KURSUS

  1. Tugasan ini  perlu dibuat secara individu.
2.    Perkara yang mesti ada dalam kerja kursus  ini  terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu:

Bahagian I

MIKROPENGAJARAN
·      Mikropengajaran adalah untuk:
ü  mengukuhkan pendekatan pelajar kepada sesuatu pengajaran;
ü  mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki;
ü  meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan;
ü  menerima maklum balas yang berkesan.

·      Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit. Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti Powerpoint tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.

·      Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka untuk membuat refleksi.

·      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang mikropelajaran mereka:

1.     Apa tema/isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya?
2.     Apakah kekuatan saya? Bagaimana saya boleh membina dari kekuatan itu?
3.     Apakah yang saya perlu menambahbaikan






    Bahagian II

MAKROPENGAJARAN

·      Pelajar dikehendaki untuk menyampaikan 30 minit sesi makropengajaran.  Topik pengajaran mesti mengikut mata pelajaran opsyen masing-masing, rakaman video mesti dibuat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN                   

·      Rancangan Pengajaran Harian mesti disediakan untuk makropengajaran tersebut.

·      Dalam Rancangan Pengajaran Harian:
ü  menetapkan hasil pembelajaran (hasil) untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terlebih dahulu.
ü  menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.
Menyatakan:
o    apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan;
o    apa isu-isu / halangan yang dapat diatasi oleh  pendekatan pembelajaran itu;
o    pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

ü  menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

·      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap makropelajaran

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang makropelajaran mereka:
1.     Adakah objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
2.     Adakah murid saya melibatkan diri secara  produktif /aktif ? Bagaimana saya tahu?
3.     Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
4.     Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
5.     Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?






Bahagian III

i.        Laporan Kajian Tindakan yang dilaksanakan berdasarkan isu P&P yang dihadapi oleh guru.

a.    Mengenalpasti masalah yang akan dikaji

b.    Mengumpul eviden mengenai masalah yang akan dikaji

c.    Tinjauan awal masalah

d.    Melaksanakan tindakan

e.    Mengumpul data dan analisis data hasil tindakan yang dilaksanakan

f.     Menulis refleksi dan menyiapkam laporan kajian.

Jumlah markah










  10 markah





















10 markah

















 20 markah





10 markah
























10 markah






















20 markah



















80 markah


































































































(Minggu 1)


(Minggu ke 3)

(Minggu ke 5)
(Minggu ke 7)
(Minggu ke 9)
(Minggu ke 11)




FORUM


5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru:

1.  Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.


2.  Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran  yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih berkesan. Huraikan.


3.  Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran pembelajaran yang  menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri? 


4.  Berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan dengan  guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme?  Bincangkan.


5.  Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.





4 markah





4 markah



4 markah




4 markah




4 markah





(Minggu Ke-3)







(Minggu Ke-5)




(Minggu Ke-7)





(Minggu-Ke-9)






(Minggu -11)

JUMLAH
100


Sila ikut arahan Tutor E-Learning anda.

FORMAT PENULISAN
1.            Pecahan A
Bahagian I : Rakaman Mikropengajaran (CD) dan Refleksi pembelajaran

      Bahagian II : Rakaman Makrropengajaran (CD), RPH & Refleksi –
                           pembelajaran.

      Bahagian III : Laporan kajian Tindakan

a.            Panjang esei: 10 muka surat (Minimum)
b.            Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line
c.            Ada rujukan (minimum 5 rujukan) yang ditulis mengikut format yang betul.

2.            Pecahan B
Forum E-Learning:
Jawapan yang sama dengan yang di masukkan  ke dalam forum MyGuru.

PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN

1.            Kerja Kursus
i.              Kerja kursus mestilah lengkap dan mesti mengandungi 3 komponen di dalamnya:
(a)  Rakaman Mikropengajaran (CD) dan Refleksi pembelajaran.
(b)  Rakaman Makropengajaran (CD), RPH dan Refleksi pembelajaran
(c)  Laporan Kajian Tindakan.

ii.            Kerja kursus yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:
(a)  Muka hadapan (Gunakan format seperti di Lampiran 1)
(b)  Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam lampiran 2)
(c)  Refleksi pembelajaran untuk Mikropengajaran
(d)  Refleksi pembelajaran untuk Makropengajaran
(e)  Laporan Kajian Tindakan
(f)   Himpunan forum untuk 5 soalan perbincangan.
(g)  Senarai rujukan/bibliografi
(h)  Lampiran (CD mengandungi rakaman mikropengajaran dan makropengajaran)

iii.           Kerja kursus (Refleksi I & II dan Laporan Kajian Tindakan) mestilah dimuat naik (upload) ke dalam tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi laman MyGuru2. CD rakaman perlu dihantar melalui youtube/google atau emel mengikut arahan tutor kumpulan masing-masing.

iv.           Tarikh akhir penghantaran ialah pada minggu ke 11. Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan.

v.            Sebagai backup tugasan boleh dihantar kepada Tutor E-Learning melalui pos dalam bentuk hard copy & soft copy.


2.            Forum
3.             
i.              Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line bersama tutor dan sesama pelajar yang lainnya.

ii.         Pelajar diminta menjawab semua soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. Minimum 100 patah perkataan bagi setiap satunya. (2 markah diperuntukkan bagi jawapan ini)

iii.        Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangan). Lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

d.            Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam E-forum pada aras minimum ialah 5 jawapan kepada soalan dan 20 kali interaksi secara on-line untuk mendapatkan markah penuh (20 markah).

e.            Semua jawapan dan perbincangan yang dilaksanakan mestilah dicetak dan dimasukkan ke dalam kerja kursus dan disalin ke dalam CD. Hantarkan kedua-dua bahan (kerja kursus dan CD) kepada Tutor E-Learning masing-masing sebagai back-up.

Kerja Kursus KRT 3013

PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) – Forum MyGuru                                                             Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 20% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
10 %
Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan.
9 – 7 %
Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan.
6 – 4 %
Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja.
3 – 1 %
Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’.
0 %
Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.



Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail                                                               Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.


Text Box: Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:

1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.

2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1). 



Panduan: 

Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..
 
 
Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di MyGuru                 Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30