Monday, 14 November 2011

Contoh Kajian Tindakan


Ramai guru-guru khususnya rakan seperjuangan PPG UPSI yang mula mencari-cari contoh kajian tindakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Di sini saya sertakan satu contoh kajian tindakan sebagai panduan cikgu-cikgu semua. Semoga post saya ini dapat membantu cikgu-cikgu semua.


PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM


Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Binti Kassim @ Aziz
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia



ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology  (ICT)  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  (P&P)  Matematik  di  kalangan  guru  pelatih Universiti  Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan  masalah-masalah  yang  dihadapi  oleh  guru  pelatih  UTM  dalam  menggunakan  ICT  dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih.  Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah  dikemukakan  kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.

PENGENALAN

Era teknologi maklumat melibatkan banyak cabaran kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Tahap kualiti masa hadapan masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi bergantung kepada kemampuan generasi muda yang akan mengambil alih peranan pemimpin masyarakat. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat.

Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.


Saturday, 12 November 2011

Gaya Penulisan APA


Gaya penulisan American Psychological Association atau lebih dikenali dengan singakatan APA merupakan salah satu gaya penulisan yang sering diguna pakai dalam penulisan kajian tindakan,kerja kursus dan sebagainya. Pihak UPSI juga seringkali mensyaratkan kaedah penulisan APA ini digunakan oleh mahasiswa dan mahasiswi dalam menyediakan kerja kursus. Ramai diantara kita masih tidak jelas dengan gaya penulisan APA ini. Oleh itu, saya berharap entri saya ini tentang gaya penulisan APA ini dapat membantu anda semua memahami dengan lebih baik lagi.


Sistem Dokumentasi APA


Sistem dokumentasi APA AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’ (APA) merupakan sistem yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai menulisan kajian dan ilmiah.

Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography)  maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.

Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:

     Pengarang
     Tahun penerbitan
     Judul
     Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
     Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

Contoh Penulisan Ilmiah


Ramai di antara kita tidak tahu bagaimana hendak menulis menggunakan laras bahasa ilmiah sepertimana disyaratkan oleh pihak UPSI untuk menyiapkan kerja kursus KRB 3033. Di sini saya sertakan Contoh Penulisan Ilmiah. Semoga artikel ini dapat memberi manafaat kepada cikgu-cikgu dan semua pelawat.


KAEDAH PENULISAN ILMIAH


Pengenalan

              Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran.
            Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.


Tuesday, 1 November 2011

CONTOH REFLEKSI UNIT MODUL KPF 3012

Berikut adalah contoh refleksi unit modul kpf 3012 sepertimana yang di'upload'kan oleh lecturer dalam forum myguru2.


CONTOH REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT
TAJUK
3
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):
PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

  1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
(Ringkasan bererti sinopsis bukannya memberikan objektif/hasil pembelajaran).


Contoh:
Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Pembinaan guru yang berkualiti pula didasarkn kepada FPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Seterusnya _______________________________

(lengkapkan dalam satu peranggan sahaja. Tidak melebihi 150 patah perkataan)